Subscribe:

Tuesday, May 31, 2011

Sinopsis Buku: "Projek Fesyen Ain Maisarah Bersama Lily Haslina Nasir"



Projek Fesyen Ain Maisarah Bersama Lily Haslina Nasir

Misi Nur Haness bagi menukar penampilan:

*Menggayakan pelbagai fesyen remaja gaya muslimah.
*Mencuba pelbagai fesyen ikatan tudung daripada baju nampak mahal.
*Mempelajari cara mudah dan murah menjadikan baju nampak mahal.
*Mencari aksesori pelengkap gaya yang sedap dipandang mata.

Sinopsis :

Mengisahkan watak utama, Nur Haness yang mahu tampil dengan penampilan gaya muslimah sempena Minggu Keseniaan dan kebudayaan Islam di Sekolah Sri Bangsar. Nur Haness menjadikan blog penulis pujaannya, Ain Maisarah bagi menjalankan eksperimen dalam berfesyen gaya Muslimah bagi merebut hadiah utama pertandingan, berupa tiket penerbangan ke Dubai sempena Minggu Fesyen Islam.

Pelbagai dugaan dan halangan yang menguji kesabaran Nur Haness dengan taktik kotor Cik Pah dan rakan-rakan bagi menggagalkannya dalam pertandingan itu.

Jangan lupa mendapatkan novel yang menarik ini di kedai-kedai buku yang berhampiran!

Friday, May 27, 2011

Fakta Sains #1: Komputer

KOMPUTER


Sebahagian daripada memori komputer ialah mikrocip pasang siap di kilang dan dinamakan ROM; atau ingatan baca sahaja (read-only-memory). ROM melaksanakan arahan kerja asas.

RAM; ingatan capaian rawak (random-access-memory) mengandungi mikrocip yang menerima data baharu dan arahan baru apabila perlu.

Data juga boleh disimpan sebagai corak magnet pada cakera mudah alih, atau pada bam panduan laser (laser-guided bumps) pada CD (cakera padat) atau DVD (cakera video digital).

Bahagian paling penting bagi setiap komputer ialah mikrocip berkuasa yang dinamakan unit pemprosesan pusat atau CPU (central processing unit).

CPU bertindak dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh ROM komputer. Alat ini melaksanakan program dengan cara menghantar data ke tempat yang betul di dalam RAM.

Komputer menyimpan maklumat dalam bit (digit perduaan) sama ada sebagai 0 ataupun 1.

Bit O dan bit 1 bersamaan dengan arahan TUTUP dan BUKA pengaliran arus elektrik. Lapan bit menghasilkan satu bait.

Satu kilobait bersamaan 1024 bait; satu megabait (MB) bersamaan 1 048 576 bait; satu gigabait (GB) bersamaan 1 073 741 824 bait; satu terabait (TB) bersamaan 1 000 000 000 000 bait.

Satu CD boleh menyimpan kira-kira 600 MB data- lebih kurang 375 000 halaman teks biasa.

FAKTA TAMBAHAN!

70 JUTA buku Library of Congres Amerika Syarikat boleh disimpan dalam 25 TB kapasiti komputer.

Monday, May 23, 2011

Biografi : A. Samad Said


Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer’s Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.


Antara Hasil karya:

  1. A Samad Said (Antologi Puisi)
  2. Adik Datang
  3. Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
  4. Dirgahayu Dr. Mahathir
  5. Dosa Pejuang
  6. Lantai T. Pinkie
  7. Rindu Ibu
  8. Suara Dari Dinding Dewan
PROFIL RINGKAS

Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said.
Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana.
Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.
Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956). 
Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. 
Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999). 
Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan

Friday, May 20, 2011

Belajar Bahasa: Mandarin




Pelajaran hari ini bermula dengan perkataan yang kita sebut sehari-hari. Jom mulakan pelajaran.

1.Nee how-Hai (kepada seorang)
2.Nee-min how-Hai (lebih daripada seorang)
3.Dzay jenn-selamat tinggal
4.Cheeng-Tolong
5.Sie-sie-Terima kasih
6.Sie-sie, boo yow-Tidak, terima kasih
7.Waw boo toong-ee-Saya tidak setuju
8.Dway-boo-chee-Maaf
9.Hinn how-Itu bagus
10.Waw jir-dow-Saya tahu
11.Waw boo jir-dow-Saya tidak tahu

Sekarang, kita belajar tentang hari pula ya? 
  1. Isnin- Seeng-chee-yee
  2. Selasa- Seeng-chee-urr
  3. Rabu- Seeng-chee-san
  4. Khamis- Seeng-chee-si
  5. Jumaat- Seeng-chee-woo
  6. Sabtu- Seeng-chee-lioo
  7. Ahad- Seeng-chee-tyenn
selamat mencuba pelajari bahasa mandarin!

    Artikel: Nasi Lemak Berbahaya?


    Nasi lemak memang sedap.Susah betul menolak godaannya.Tetapi, dalam kelazatannya itu, ada bahayanya.Nasi lemak mengantukkan.Pasti tiada sesiapa berani menafikan fakta ini.

    Oleh itu, kepada pelajar-pelajar elakkan memilih nasi lemak sebagai hidangan semasa waktu rehat.Tindakan itu hanya menyebabkan anda hilang fokus dan malas.

    Pelajar digalakkan mengambil makanaan yang ringan seperti kuih-muih dan roti,cukup sekadar mengalas perut.

    Pelajar yang cemerlang memilih berlapar.