Subscribe:
Showing posts with label Fakta Sains. Show all posts
Showing posts with label Fakta Sains. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Fakta Sains #5: Sabun

  1. Sesetengah sabun wujud secara semula jadi; semua detergen adalah sintetik.
  2. Semua sabun dan detergen membersih dengan "zat aktif permukaan".
  3. Zat aktif permukaan ialah molekul yang melekat pada zarah kotoran di permukaan kotor dan memisahkan kotoran jauh daripada permukaan itu.
  4. Ekor hidrofobik zat aktif permukaan menyusup ke dalam kekotoran; ekor yang satu lagi tertarik ke dalam air.
  5. Sabun menambah kebolehan air membasahi sesuatu benda dengan cara merendahkan ketegangan permukaan air.
  6. Sabun diperbuat daripada lemak haiwan atau minyak sayuran yang dicampur dengan alkali, seperti natrium atau kalium hidroksida.
  7. Kebanyakan sabun mengandungi pewangi, warna dan germisid (pembunuh bakteria) serta zat aktif permukaan.
  8. Orang Rom menggunakan sabun sejak lebih 2 000 tahun lalu.
  9. Detergen dicipta pada tahun 1916 oleh ahli kimia berbangsa Jerman, Fritz Gunther.


Molekul zat aktif permukaan dalam sabun menanggalkan kotoran daripada permukaan kotor.

Fakta Sains #4: Kemagnetan

  1. Kemagnetan ialah daya antara bahan seperti besi dengan nikel yang tidak dapat dilihat. Kemagnetan menarik atau menolak.
  2. Medan magnet ialah kawasan di sekeliling magnet yang dikesan daya magnetnya.
  3. Arus elektrik menghasilkan medan magnet tersendiri.
  4. Magnet mempunyai dua kutub; kutub utara dan kutub selatan.
  5. Kutub serupa (sama), contohnya dua kutub utara; menolak antara satu sama lain manakala kutub berbeza menarik satu sama lain.
  6. Bumi mempunyai medan magnet yang diwujudkan oleh arus elektrik dalam teras besi. Magnet kutub utara hampir dengan kawasan geografi Kutub Utara.
  7. Jika dibiarkan berpusing dengan bebas, magnet akan berputar supaya kutub utaranya menghala ke arah magnet kutub utara Bumi.
  8. Kekuatan magnet diukur dalam unit tesla. Medan magnet Bumi ialah 0.00005 tesla. 
  9. Semua bahan bermagnet terdiri daripada kumpulan kecil atom yang dinamakan domain. Setiap satu domain adalah sama seperti magnet mini yang mempunyai kutub utara dan kutub selatan. 


Langit bercahaya di kutub dinamakan aurora. Aurora terhasil melalui cara medan magnet Bumi menyalurkan zarah bercas tenaga elektrik dari Matahari turun ke atmosfera.

FAKTA TAMBAHAN!Salah satu magnet paling kuat di dunia berada di Lawrence Berkeley National Laboratory, California, Amerika Syarikat. Medan magnetnya 250 000 kali lebih kuat daripada medan magnet Bumi.

Saturday, November 19, 2011

Fakta Sains #3: Archimedes



1. Archimedes (s. 287-212 SM) ialah antara ahli sains agung yang pertama. Beliau mencipta sains mekanik dan sains hidrostatik.

2. Archimedes ialah orang Yunani yang tinggal di bandar Syracuse, Sicily. Saudaranya, Hieron II ialah raja Syracuse.


3. Skru Archimedes ialah pam yang dikatakan ciptaan Archimedes. Pam ini mencedok air dengan alat berlingkar yang berputar di dalam sebuah tiub. Pam ini masih lagi digunakan di Timur Tengah.

4. Untuk membantu mempertahankan Syracuse daripada penyerang Rom pada tahun 215 SM, Archimedes mencipta banyak jentera peperangan. Antaranya termasuk 'penyepit' menggerunkan - kren cengkau gergasi yang dapat mengangkat galei dari dalam air dan menenggelamkannya.

5. Archimedes dibunuh oleh askar Rom apabila pengkhianat membenarkan askar Rom memasuki Syracuse pada tahun 212 SM.

6. Archimedes menganalisis tuas secara matematik. Beliau menunjukkan bahawa beban yang dapat kamu gerakkan dengan daya tertentu berkadar terus dengan jaraknya dari fulkrum.

7. Archimedes mendapati bahawa benda terapung kerana ia ditolak ke atas oleh air.

8. Prinsip Archimedes menunjukkan bahawa daya tolakan ke atas objek terapung bersamaan dengan berat air yang ditolak keluar oleh objek.

9. Archimedes sedar bahawa beliau boleh mengira ketumpatan atau graviti tentu sesuatu objek dengan membandingkan berat objek dengan berat air yang ditolak keluar dari sebuah balang apabila objek itu tenggelam.

10. Archimedes memanfaatkan konsep graviti tentu untuk membuktikan bahawa mahkota Raja Hieron bukan diperbuat daripada emas tulen.

Monday, October 24, 2011

Fakta Sains #2: Daya Putaran



DAYA PUTARAN

1. Setiap daya bertindak dalam garis lurus. Benda bergerak disebabkan oleh kesan putaran.

2. Kesan putaran ialah daya yang disalurkan pada sesuatu objek yang tetap atau berputar atas paksi di tempat yang dinamakan fulkrum.

3. Fulkrum pintu ialah engselnya.

4. Saiz daya putaran dinamakan momen.

5. Lebih jauh daya yang disalurkan dari fulkrum, lebih besar saiz momen.

6. Tuas membolehkan sesuatu beban dipindah dengan lebih mudah dengan cara menggunakan momen.

7. Tuas kelas pertama seperti playar atau gunting mempunyai fulkrum di antara daya dengan beban; tuas kelas kedua seperti pemutar skru atau kereta sorong mempunyai beban di antara daya dengan fulkrum; tuas kelas ketiga seperti lengan kamu atau penyepit mempunyai daya di antara beban dengan fulkrum.

8. Gear ialah satu set roda pelbagai saiz yang berputar secara serentak. Gear memudahkan seseorang berbasikal menaiki bukit, atau membolehkan sebuah kerea memecut dari keadaan pegun dengan cara menyebarkan usaha merentas jarak yang lebih besar.

9. Nisbah gear ialah kekerapan roda penggerak memutar roda untuk satu putarannya.

10. Lebih besar nisbah gear, lebih banyak kenaikan daya putaran, tetapi lebih perlahan putaran roda digerakkan.

Friday, May 27, 2011

Fakta Sains #1: Komputer

KOMPUTER


Sebahagian daripada memori komputer ialah mikrocip pasang siap di kilang dan dinamakan ROM; atau ingatan baca sahaja (read-only-memory). ROM melaksanakan arahan kerja asas.

RAM; ingatan capaian rawak (random-access-memory) mengandungi mikrocip yang menerima data baharu dan arahan baru apabila perlu.

Data juga boleh disimpan sebagai corak magnet pada cakera mudah alih, atau pada bam panduan laser (laser-guided bumps) pada CD (cakera padat) atau DVD (cakera video digital).

Bahagian paling penting bagi setiap komputer ialah mikrocip berkuasa yang dinamakan unit pemprosesan pusat atau CPU (central processing unit).

CPU bertindak dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan oleh ROM komputer. Alat ini melaksanakan program dengan cara menghantar data ke tempat yang betul di dalam RAM.

Komputer menyimpan maklumat dalam bit (digit perduaan) sama ada sebagai 0 ataupun 1.

Bit O dan bit 1 bersamaan dengan arahan TUTUP dan BUKA pengaliran arus elektrik. Lapan bit menghasilkan satu bait.

Satu kilobait bersamaan 1024 bait; satu megabait (MB) bersamaan 1 048 576 bait; satu gigabait (GB) bersamaan 1 073 741 824 bait; satu terabait (TB) bersamaan 1 000 000 000 000 bait.

Satu CD boleh menyimpan kira-kira 600 MB data- lebih kurang 375 000 halaman teks biasa.

FAKTA TAMBAHAN!

70 JUTA buku Library of Congres Amerika Syarikat boleh disimpan dalam 25 TB kapasiti komputer.