Subscribe:

Monday, December 26, 2011

Fakta Sains #5: Sabun

  1. Sesetengah sabun wujud secara semula jadi; semua detergen adalah sintetik.
  2. Semua sabun dan detergen membersih dengan "zat aktif permukaan".
  3. Zat aktif permukaan ialah molekul yang melekat pada zarah kotoran di permukaan kotor dan memisahkan kotoran jauh daripada permukaan itu.
  4. Ekor hidrofobik zat aktif permukaan menyusup ke dalam kekotoran; ekor yang satu lagi tertarik ke dalam air.
  5. Sabun menambah kebolehan air membasahi sesuatu benda dengan cara merendahkan ketegangan permukaan air.
  6. Sabun diperbuat daripada lemak haiwan atau minyak sayuran yang dicampur dengan alkali, seperti natrium atau kalium hidroksida.
  7. Kebanyakan sabun mengandungi pewangi, warna dan germisid (pembunuh bakteria) serta zat aktif permukaan.
  8. Orang Rom menggunakan sabun sejak lebih 2 000 tahun lalu.
  9. Detergen dicipta pada tahun 1916 oleh ahli kimia berbangsa Jerman, Fritz Gunther.


Molekul zat aktif permukaan dalam sabun menanggalkan kotoran daripada permukaan kotor.

Fakta Sains #4: Kemagnetan

  1. Kemagnetan ialah daya antara bahan seperti besi dengan nikel yang tidak dapat dilihat. Kemagnetan menarik atau menolak.
  2. Medan magnet ialah kawasan di sekeliling magnet yang dikesan daya magnetnya.
  3. Arus elektrik menghasilkan medan magnet tersendiri.
  4. Magnet mempunyai dua kutub; kutub utara dan kutub selatan.
  5. Kutub serupa (sama), contohnya dua kutub utara; menolak antara satu sama lain manakala kutub berbeza menarik satu sama lain.
  6. Bumi mempunyai medan magnet yang diwujudkan oleh arus elektrik dalam teras besi. Magnet kutub utara hampir dengan kawasan geografi Kutub Utara.
  7. Jika dibiarkan berpusing dengan bebas, magnet akan berputar supaya kutub utaranya menghala ke arah magnet kutub utara Bumi.
  8. Kekuatan magnet diukur dalam unit tesla. Medan magnet Bumi ialah 0.00005 tesla
  9. Semua bahan bermagnet terdiri daripada kumpulan kecil atom yang dinamakan domain. Setiap satu domain adalah sama seperti magnet mini yang mempunyai kutub utara dan kutub selatan. 


Langit bercahaya di kutub dinamakan aurora. Aurora terhasil melalui cara medan magnet Bumi menyalurkan zarah bercas tenaga elektrik dari Matahari turun ke atmosfera.

FAKTA TAMBAHAN!Salah satu magnet paling kuat di dunia berada di Lawrence Berkeley National Laboratory, California, Amerika Syarikat. Medan magnetnya 250 000 kali lebih kuat daripada medan magnet Bumi.