Subscribe:

Saturday, October 29, 2011

Sinopsis Buku: Yes, Boss!

Novel terbaru karya Areila Sahimi yang sebelum ni pernah keluar dengan novel Baju Pengantin Mak Andam, Iman Suraya dan 2 x 5. Semasa undian untuk Penulis Popular Kaki Novel dijalankan, Areila Sahimi juga dah mendapat undian tertinggi oleh pembaca Kaki Novel sebagai novelis kedua paling popular.




Sinopsis Yes Boss!

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Tips :Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya.

Belajar Bahasa : Korea










Sekarang ni bahasa korean sudah menjadi trend di pelusuk negara, termasuk malaysia. So bagi yang belum berkesempatan untuk Belajar Bahasa Korea , bolehlah belajar sikit-sikit  di post ini ok. .
Sebenarnya banyak kelebihan belajar bahasa orang asing ni.. Cuba korang nak belajar di US, tapi tak reti bahasa english?? tak malu ke gitu?? Sama jugak dengan bahasa korean ni. Jadi, ayuh kita belajar bahasa korean ye.


- BAHASA ASAS KOREA-

[ Ne.(ye.)]
Ya.  

[Anio.]
Tidak. (Bukan.) 

[Yeoboseyo.]
Halo. 

[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar. 

[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal. 

[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan. 

[Eoseo oseyo.]
Selamat datang. 

[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih. 

[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.) 

[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.) 

[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa. 

[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.



Monday, October 24, 2011

Fakta Sains #2: Daya Putaran



DAYA PUTARAN

1. Setiap daya bertindak dalam garis lurus. Benda bergerak disebabkan oleh kesan putaran.

2. Kesan putaran ialah daya yang disalurkan pada sesuatu objek yang tetap atau berputar atas paksi di tempat yang dinamakan fulkrum.

3. Fulkrum pintu ialah engselnya.

4. Saiz daya putaran dinamakan momen.

5. Lebih jauh daya yang disalurkan dari fulkrum, lebih besar saiz momen.

6. Tuas membolehkan sesuatu beban dipindah dengan lebih mudah dengan cara menggunakan momen.

7. Tuas kelas pertama seperti playar atau gunting mempunyai fulkrum di antara daya dengan beban; tuas kelas kedua seperti pemutar skru atau kereta sorong mempunyai beban di antara daya dengan fulkrum; tuas kelas ketiga seperti lengan kamu atau penyepit mempunyai daya di antara beban dengan fulkrum.

8. Gear ialah satu set roda pelbagai saiz yang berputar secara serentak. Gear memudahkan seseorang berbasikal menaiki bukit, atau membolehkan sebuah kerea memecut dari keadaan pegun dengan cara menyebarkan usaha merentas jarak yang lebih besar.

9. Nisbah gear ialah kekerapan roda penggerak memutar roda untuk satu putarannya.

10. Lebih besar nisbah gear, lebih banyak kenaikan daya putaran, tetapi lebih perlahan putaran roda digerakkan.

Sinopsis Buku: Cinta Kun Fayakun

Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Edaran: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM12.00 (Sem. M'sia) RM14.00 (Sbh/Srwk)

Kumpulan Cerpen Cinta Kun Fayakun menghimpunkan 13 buah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berbakat besar yang memaparkan ideologi penulis dalam membicarakan tentang isu-isu sejagat, rakaman peristiwa dan realiti kehidupan.

Penghasilan cerpen ini merupakan wadah dan saluran untuk mengajak pembaca sama-sama mendasari erti kehidupan, kecekalan, kasih sayang dan sebagainya demi menghargai kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Antara cerpen termuat ialah Debu-debu Zitkovas (pernah tersiar dalam Tunas Cipta, 2005), Lelaki Tionghoa (pernah tersiar dalam Dewan Siswa, 2005), Cinta Kun Fayakun, Merdekakan Muttasia (pernah tersiar dalam Majalah I, 2006).

Sinopsis Buku: I Love Quran, And You?

Penulis: Rizal Abdur Rahman
Terbitan: Rijal Media
Edaran: Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Harga: RM14.00 (Sem. M'sia) RM17.00 (Sbh/Srwk)

Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam menjadi magnet luar biasa bagi umat agama lain. Ia menyimpan pengetahuan dan keistimewaan yang melebihi kitab lainnya. Namun ternyata kaum Muslimin belum sepenuhnya mencintai Al-Quran dengan memperlakukannya sesuai dengan haknya.

Kini adalah saatnya mengetuk pintu hati kita berkali-kali. Dan bertanya dalam hati, sudah seserius manakah kita mendekatkan diri dengan Al-Quran? Apakah selama ini kita memang benar-benar mencintainya, atau hanya perkataan di bibir sahaja?

Buku ini diharapkan menjadi motivasi yang bagus buat remaja kita agar mengenal Al-Quran. Sehingga mereka mahu agar menjadikannya teladan dan petunjuk hidupnya.

Puisi: Jawablah Sendiri



JAWABLAH SENDIRI

Mengapa apabila diminta mengajak kebaikan
kita malu dan segan?
Takut dikata macam bagus?
Tetapi apabila diasak dengan keburukan
kita menambah tanpa dipinta
Supaya nampak sangat setia kawan.

Kenapa ketika diseru kepada kebaikan
Cepat-cepat kita terfikir ini betul atau tidak?
Tetapi waktu kita disogok dengan keburukan
Tanpa berfikir kita menyahut.

Adakah apabila kita diajak ke tempat yang baik
Banyak sungguh urusan kita yang belum selesai?
Namun apabila diajak ke tempat buruk
Cepat-cepat urusan lain ditangguhkan.

Apakah juga satu ketika kita ditimpa ujian
Cepat-cepat kita melatah?
Tapi apabila kita memperoleh kurnia
Lambat sekali kita mengucap syukur.

Begitulah soalan mudah untuk dijawab
Tidak perlu dijawab di atas kertas
Tidak perlu diumukan kepada khalayak
Cukup sekadar
Jawablah sendiri.


Ummu Hannan
Bandar Seri Putra


Sumber: Majalah Solusi, Isu no. 31, Telaga Biru Sdn. Bhd.

Artikel: Sabar itu Indah

Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sabar itu umpama sinar matahari." (Muttafaq 'alaih)

Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.

Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:

  • Sabar dalam menunaikan perintah Allah.
  • Sabar dalam meninggalkan larangan Allah.
  • Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.

Orang yang mampu bersabar itu ialah orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa."

(Surah al-Baqarah 2:177)

Sabar itu ada di hati. Apabila kita baik, wajah akan kelihatan cantik. Apabila hati kita baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikan. Ya, bersabarlah! Do good, you will become good and feel good - buat baik, kita akan menjadi orang baik dan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikan itu. Sesungguhnya... sabar itu indah!

SABAR ITU INDAH

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak
penghias samudera!

-Pahrol Muhamad Juoi-

MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH

Sumber: Majalah Solusi, isu no. 31, Telaga Biru Sdn. Bhd.