Subscribe:
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Kelebihan Membaca!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai yang masih kurang minat suka membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W pun menyuruh baginda untuk iqra’ iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila membaca. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda boleh juga membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, ebook dan banyak lagi
Sebenarnya membaca tak kira la membaca apa pun mempunyai banyak kelebihannya yang jarang kita nampak. Dalam artikel ini saya akan menerangkan beberapa kelebihan membaca tak kira la baca apa pun asalkan benda tu boleh dibaca. Dari buku hinggalah ke internet asalkan benda yang dibaca itu bermanfaat pasti anda akan mempunyai banyak faedahnya. Antara kelebihan dan faedah apabila suka membaca adalah:
1. Yang ini hampir semua orang tahu dan pernah dengar kan. Iaitu membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2. Sebenarnya membaca adalah satu senaman juga. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.
5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikirananda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.
9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.
Sebagai kesimpulan, dapat la diketahui yang membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Apa yang saya terangkan dalam artikel ini adalah hanya sebahagian sahaja dari banyaknya kelebihan-kelebihan membaca itu. Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca ini sebahagian dari kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.

Sunday, January 1, 2012

12 Amalan Harian Pelajar Cemerlang

TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah’ dengannya.

Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti.

Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar

Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa

Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian

Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa.

Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.

Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa.

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.

Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga.

Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin.

Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan.

Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

Sumber: Surau Al-Mizan

Sunday, November 20, 2011

Tips : Pengurusan Masa

20 TIPS PENGURUSAN MASA

1)Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.


2)Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)


3)Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.


4)Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)


5)Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)


6)Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)


7)Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)


8)Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)


9)Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)


10)Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)


11)Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)


12)Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)


13)Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)


14)Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)


15)Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)


16)Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)


17)Masa berada dalam bas ( baca kad nota)


18)Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)


19)Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)


20)Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

Saturday, October 29, 2011

Tips :Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya.

Friday, May 20, 2011

Artikel: Nasi Lemak Berbahaya?


Nasi lemak memang sedap.Susah betul menolak godaannya.Tetapi, dalam kelazatannya itu, ada bahayanya.Nasi lemak mengantukkan.Pasti tiada sesiapa berani menafikan fakta ini.

Oleh itu, kepada pelajar-pelajar elakkan memilih nasi lemak sebagai hidangan semasa waktu rehat.Tindakan itu hanya menyebabkan anda hilang fokus dan malas.

Pelajar digalakkan mengambil makanaan yang ringan seperti kuih-muih dan roti,cukup sekadar mengalas perut.

Pelajar yang cemerlang memilih berlapar.