
1. Archimedes (s. 287-212 SM) ialah antara ahli sains agung yang pertama. Beliau mencipta sains mekanik dan sains hidrostatik.
2. Archimedes ialah orang Yunani yang tinggal di bandar Syracuse, Sicily. Saudaranya, Hieron II ialah raja Syracuse.

4. Untuk membantu mempertahankan Syracuse daripada penyerang Rom pada tahun 215 SM, Archimedes mencipta banyak jentera peperangan. Antaranya termasuk 'penyepit' menggerunkan - kren cengkau gergasi yang dapat mengangkat galei dari dalam air dan menenggelamkannya.
5. Archimedes dibunuh oleh askar Rom apabila pengkhianat membenarkan askar Rom memasuki Syracuse pada tahun 212 SM.
6. Archimedes menganalisis tuas secara matematik. Beliau menunjukkan bahawa beban yang dapat kamu gerakkan dengan daya tertentu berkadar terus dengan jaraknya dari fulkrum.
7. Archimedes mendapati bahawa benda terapung kerana ia ditolak ke atas oleh air.
8. Prinsip Archimedes menunjukkan bahawa daya tolakan ke atas objek terapung bersamaan dengan berat air yang ditolak keluar oleh objek.
9. Archimedes sedar bahawa beliau boleh mengira ketumpatan atau graviti tentu sesuatu objek dengan membandingkan berat objek dengan berat air yang ditolak keluar dari sebuah balang apabila objek itu tenggelam.
10. Archimedes memanfaatkan konsep graviti tentu untuk membuktikan bahawa mahkota Raja Hieron bukan diperbuat daripada emas tulen.
0 comments:
Post a Comment